SMK Mengkebang 12 Ogos 2015 – SMK Mengkebang telah mengadakan Majlis Perpisahan sempena pertukaran Tuan Hj Zahari bin Jaafar ke SMK Temangan, Machang, Kelantan.
Dalam majlis tersebut, Tuan pengetua telah diraikan oleh semua staf dan pelajar SMK Mengkebang. Beliau telah menerima hadiah dan cenderahati sebagai menghargai jasa dan tanda kenang-kenangan. Di bawah pimpinan beliau, SMK Mengekebang telah berjaya muncul tempat ke 2 dalam PPD Kuala Krai dalam peperiksaan SPM 2014 yang lalu di samping kejuaraan demi kejuaraan dalam bidang sukan dan permaianan,
Perpisahan Pengetua
Kemudian beliau bersalaman dengan semua sraf lelaki dan pelajar lelaki SMK Mengkebang. Hampir semua guru dan staf menyertai rombongan menghantar beliau ke SMK Temangan.
Sermoga segala jasa dan tunjuk ajar beliau selama lebih kurang 5 tahun sebagai Pengetua SMK Mengkebang mendapat balasan yang setimpal di sisi ALLAH SWT.
Selamat Bertugas sebagai Pengetua SMK Temangan.
SELAMAT MAJU JAYA.
TERIMA KASIH.
JASAMU TETAP DIKENANG..